Nurse Homecare   |   Complex Care   |   Caregiver

Jururawat & caregiver
di rumah.

Nurse datang rumah untuk penjagaan luka, sokongan pesakit kanser dan bantuan harian selepas strok. Rumah Nadi membantu keluarga memilih jururawat atau caregiver mengikut keperluan pesakit.
Ilustrasi jururawat menemani wanita warga emas di rumah

Bantuan mengikut keadaan pesakit

Nurse Homecare

Balutan perlu ditukar, tetapi pesakit sukar keluar rumah.
Perkhidmatan jururawat di rumah (home nursing) untuk penjagaan luka kaki diabetes, luka baring atau luka selepas pembedahan. Bincangkan skop dan jadual lawatan mengikut pelan rawatan pesakit.
RM160 / 1 sesi
Pilihan pakej 10 dan 20 sesi. Skop dan bahan disemak sebelum tempahan.
Ilustrasi AI penjagaan luka diabetes di rumah bersama nurse dan keluarga

Complex Care

Selepas kemoterapi, keluarga perlu meneruskan penjagaan di rumah.
Penjagaan pesakit kanser di rumah untuk keperluan yang lebih kompleks atau paliatif. Kongsikan rutin yang sukar selepas kemoterapi, seperti makan dan penjagaan diri, supaya bantuan yang sesuai boleh dinilai.
RM400 / 4 jam
Pakej mengikut tempoh dan penilaian keperluan pesakit.

Caregiver

Selepas strok, mandi dan berpakaian boleh memerlukan bantuan.
Caregiver di rumah membantu penjagaan warga emas dan pesakit terlantar dengan rutin mandi, makan, berpakaian dan bergerak. Keperluan pemindahan serta pengawasan dinilai sebelum penjagaan diatur.
RM200 / 4 jam
Caregiver Malaysia. Bantuan harian mengikut penilaian.

Pakej dan harga penjagaan

Semak harga nurse datang rumah, pakej penjagaan pesakit kanser dan upah caregiver mengikut tempoh. Skop bantuan disahkan sebelum tempahan.

Nurse Homecare

Penjagaan luka dan prosedur perubatan oleh staf perubatan (SN/MA).
PakejHarga
1 sesiRM160
10 sesiRM1,500
20 sesiRM2,800

Complex Care & Caregiver

Complex Care oleh staf perubatan (SN/MA); bantuan harian oleh caregiver Malaysia.
TempohComplex
Care
Caregiver
4 jamRM400RM200
12 jamRM700RM350
24 jamRM1,000RM500
7 hariRM6,000RM3,000
14 hariRM10,000RM5,000
26 hariRM16,000RM8,000
8 jam sehari
× 26 hari
RM12,000RM6,000
Untuk pakej 7, 14 dan 26 hari, jam penjagaan sehari perlu disahkan. Bahan, peralatan, perjalanan dan caj tambahan, jika ada, dimaklumkan dalam sebut harga. Keperluan khusus dinilai sebelum pakej dipadankan.

Aturkan penjagaan yang sesuai

Mulakan dengan keadaan pesakit, kawasan dan waktu bantuan yang diperlukan.

Cerita sikit pada kami

Kongsikan keadaan seperti luka, penjagaan selepas rawatan kanser atau kesukaran mandi dan bergerak. Sertakan kawasan serta waktu yang diperlukan.

Kita bincang sama-sama

Kami semak sama ada keperluan melibatkan staf perubatan, caregiver atau gabungan bantuan, kemudian jelaskan skop dan anggaran kos.

Dah sesuai, kita aturkan

Selepas jadual, kelayakan staf, skop dan harga dipersetujui, barulah penjagaan diatur.

Soalan tentang penjagaan di rumah

Jawapan ringkas tentang jururawat, penjagaan kanser, caregiver, harga dan kawasan lawatan.

Nurse Homecare memfokuskan keperluan klinikal seperti penjagaan luka. Complex Care ialah sokongan untuk pesakit kanser dengan keperluan penjagaan lebih kompleks atau paliatif. Caregiver membantu aktiviti harian seperti mandi, makan dan bergerak. Keadaan pesakit dinilai sebelum servis dipadankan.

Harga Nurse Homecare Rumah Nadi ialah RM160 untuk 1 sesi, RM1,500 untuk 10 sesi dan RM2,800 untuk 20 sesi. Tempoh sesi, skop penjagaan luka atau prosedur, bahan dan caj perjalanan perlu disahkan sebelum tempahan. Lihat pakej Nurse Homecare.

Ya. Kongsikan keadaan luka, tahap pergerakan dan pelan rawatan yang diberikan. Pasukan kami akan semak kesesuaian lawatan, skop penjagaan serta bahan yang diperlukan. Tempoh dan hasil pemulihan berbeza mengikut pesakit.

Ya, Rumah Nadi menawarkan Complex Care untuk penjagaan pesakit kanser di rumah mengikut penilaian keperluan. Beritahu rutin yang sukar diurus dan pelan pasukan rawatan supaya skop bantuan dapat dibincangkan. Perkhidmatan ini tidak termasuk pemberian kemoterapi di rumah.

Pakej Complex Care bermula RM400 untuk 4 jam. Pilihan lain ialah RM700 untuk 12 jam dan RM1,000 untuk 24 jam, dengan pakej berbilang hari turut disenaraikan. Skop klinikal dan kesesuaian pesakit dinilai sebelum pakej dipadankan. Semak semua harga Complex Care.

Bantuan harian boleh dibincangkan untuk keadaan seperti lemah sebelah badan selepas strok, demensia, Parkinson, pemulihan selepas patah pinggul atau sakit sendi pinggul. Fokusnya ialah rutin seperti mandi, berpakaian, makan dan bergerak. Keperluan pengawasan, alat bantuan dan bilangan penjaga dinilai dahulu.

Pakej caregiver Rumah Nadi ialah RM200 untuk 4 jam, RM350 untuk 12 jam dan RM500 untuk 24 jam. Bantuan meliputi aktiviti harian seperti mandi, makan dan berpakaian mengikut penilaian. Caregiver tidak menggantikan jururawat untuk prosedur klinikal. Lihat pakej caregiver dan pilihan berbilang hari.

Belum. Rumah Nadi kini menawarkan perkhidmatan jururawat dan caregiver di rumah sahaja. Lawatan doktor ke rumah tidak tersedia dan tidak termasuk dalam pakej kami. Jika memerlukan pemeriksaan atau rawatan doktor, hubungi klinik atau hospital yang sesuai.

Maklumkan jenis tiub atau akses dan arahan hospital semasa bertanya. Skop, kesesuaian di rumah dan kompetensi staf perlu disahkan terlebih dahulu. Tidak semua prosedur termasuk secara automatik dalam pakej.

Berikan kawasan atau poskod anda untuk semakan ketersediaan. Alamat perniagaan Rumah Nadi berada di Mantin, Negeri Sembilan; kawasan lawatan dan jadual disahkan semasa pertanyaan.

Jam penjagaan sehari untuk pakej tersebut perlu disahkan sebelum tempahan. Pakej 8 jam sehari × 26 hari disenaraikan secara berasingan. Semak juga bahan, peralatan, caj perjalanan dan apa-apa tambahan dalam sebut harga.

Nurse Homecare dan Complex Care dikendalikan staf perubatan (SN/MA), manakala bantuan aktiviti harian dikendalikan caregiver Malaysia. Anda boleh meminta butiran kelayakan serta skop tugas staf sebelum penjagaan diatur.

Bantuan apa yang diperlukan di rumah?

Hubungi Rumah Nadi untuk semak jururawat atau caregiver di rumah. Kongsikan keadaan pesakit, kawasan atau poskod serta waktu bantuan yang diperlukan.
WhatsApp & panggilan

Saya nak tanya tentang

Belum pasti pilihan yang sesuai? Kongsikan rutin yang sukar diurus. Pasukan kami bantu semak keperluan sebelum tempahan.